TIADA ISTILAH KUCING ATAU HARIMAU
(bermotifkan politik jatuhkan imej SPRM)
(bermotifkan politik jatuhkan imej SPRM)
Lima Pengerusi Panel Bebas SPRM melalui yang terdiri daripada
Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel
Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri
Johan Jaaffar (Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah) dengan tegas menggesa
agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas,
perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-lebih-cepat-jika-tiada-campur-tangan-pihak-lain-panel-bebas-67675
Penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu 1MDB dan
SRC International yang dianggotai SPRM
telah menyebabkan banyak juga bunyi-bunyi yang mengatakan SPRM masih belum
efektif. Tak cukup lagi!! Masih banyak “HARIMAU” yang belum didakwa!! Tahanan
reman 5 Individu bagi membantu siasatan SPRM berhubung SRC International dan
1MDB. Tu semua sandiwara. Mak ai, sandiwara apa ke jadahnya?? Kita tak berada
dalam keadaan Pengarah Urusan syarikat yang direman itu, reman 4 hari beb,
duduk dalam lokap bukan hotel 5 bintang, kalau kena batang hidung sendiri, baru
padan muka rasanya. Ko bayangkanlah betapa risau, takut dan gelabah menanti
saat-saat nak menanti bila agaknya nak habis remand an soal siasat SPRM tu. Ditambah lagi kesengsaraan anak-anak yang
terpaksa berdepan dengan kawan-kawan dan masyarakat.
Berbalik kepada isu “HARIMAU”. Aku tak paham dengan
segelintir masyarakat yang asyik gunakan istilah “HARIMAU” ni. Buatlah apa
sekalipun, SPRM akan dikatakan tidak efektif kerana gagal mengheret “HARIMAU” ke
muka pengadilan. Bila saja keluar berita si polan ni si polan tu disiasat,
puak-puak tertentu akan main isu sandiwara, kes tak kemana atau yang lebih
teruk terus jatuh hukum yang sipolan tu memang corrupted. Kalau budaya ini
berterusan maka aku rasa negara kita akan lingkup. Sapa yang kita tak suka maka
kita keluarkan berkajang-kajang surat tohmahan kat internet. Lepas tu, panggil
group-group NGO yang ada motif politik untuk kumpul, print dan bawa ke SPRM.
Panggil sekali media. Kata kat media, dia ada dokumen dan bukti-bukti penting
untuk menguatkan fitnah yang dilemparkan. SPRM pulak yang terkangkang kena. Kasian SPRM
juga terkangkang.
Nak juga aku bagi tahu yang proses siasatan ini adalah untuk
mencari kebenaran, bukan kesalahan. Konsep ni kena betul. Kalau kita menyiasat
untuk cari salah orang, mampus. benda yang tak ada kita ada-adakan. So,
menyiasat adalah untuk cari kebenaran. Macam mana tu? Ya lah, bila orang buat
aduan, fitnah atau tohmahan, dalam kepala seorang pegawai penyiasat, dia akan
mencari apa-apa bukti yang selalunya dokumen atau keterangan saksi-saksi bagi
mengesahkan sesuatu aduan atau tohmahan. Kalau siasat-siasat, dan semua dokumen
dan keterangan menunjukkan tohmahan tidak benar dan individu yang ditohmah tak
bersalah, maka kebenaran harus ditegakkan. Jangan pulak, dek kerana desakan,
SPRM buat kerja tak betul, takut dek desakan politik maka carilah apa-apa
kesalahan jugak. Kalau tak kena kes rasuah cari kes lain. Baru naya orang.
Sebab tu, SPRM yang aku kenal tak pilih bulu. SPRM buta warna. Biru ke? Merah
Ke? Biru cair Ke? atau Hijau sekalipun.
Kalau SPRM ikut telunjuk, takkanlah giler mereka nak g
siasat isu 1MDB itu.
Orang dok kecoh-kecoh pasal kes 1MDB, kenapa SPRM tak charge
je Najib dan Jho Low? Amenda la dia orang ni. Negara ini ada undang-undang
bukan zaman Jesse James. Engko ingat mudah ke nak dakwa orang kat mahkamah. Aku
dengar-dengarlah, dalam kes 1MDB ni daha pelbagai agensi menyiasat.
Kenapa? Kerana undang-undang yang ada mensyaratkan begitu.
Aku ulang balik, kes 1MDB SPRM menyiasat. Siasat ikut bidang kuasa
masing-masing. Kalau kes Najib tu, SPRM siasat peranan dan penglibatan dia
dalam mesyuarat. Kalau dia tak ada dalam meeting dan dokumen lak menunjukkan
dengan jelas dia tak ada peranan langsung, macam mana ko nak dakwa dia yop.
Kesian aku nengok SPRM. Tu yang aku cakap, siasatan bukan cari salah tapi cari
kebenaran.
Lagi satu Peranan Ahli Politik. Melihat kepada perkara ini,
tidak hairanlah bahawa ahli politik memainkan peranan penting dalam
memperkatakan isu rasuah.
Ahli Politik sepatutnya bersama-sama agensi anti rasuah
dalam memerangi rasuah dan penyelewengan, tetapi sebaliknya ahli politik di
negara ini dilihat lebih gemar mengambil kesempatan dalam menggunakan isu
rasuah untuk menjatuhkan pihak lawan.
Tanpa disedari, mereka juga sebenarnya telah turut
mempengaruhi persepsi masyarakat
terhadap isu rasuah di negara ini.
Ironinya memang sukar untuk mencari ahli politik yang
benar-benar komited memperkatakan isu rasuah di negara ini bukan?, selain menunding
jari kepada lawan, dan membuat tohmahan, mereka juga sering dilihat mengambil
kesempatan memperbesarkan isu berkaitan agensi anti rasuah tempatan.
Ambil contoh isu Ulang Tahun ke-6 Kematian Teoh Beng Hock,
lihat berapa ramai ahli politik pembangkang yang tampil memohon simpati
masyarakat dengan tujuan memeperlihatkan
kegagalan parti pemerintah? Motif?? Perjuangkan punca kematian kea tau
kepentingan politik.
Isu berkenaan diperbesarkan dan ditokok tambah, sedangkan
ketika itu Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) telah pun dilakukan, tidak kelihatan pula kelibat keluarga TBH mahupun
ahli politik yang memperjuangkan kematiannya.
Akibat terlalu banyak menggunakan isu rasuah dalam urusan
politik, maka masyarakat yang dilihat hari ini adalah masyrakat yang mempunyai
persepsi pelbagai terhadap isu rasuah, mengikut fahaman politik yang dipegang
mereka.
SPRM pula dijadikan tempat pembuangan tohmahan setiap kesalahan
yang cuba diperlihatkan oleh parti-parti politik ini, sedangkan agensi ini juga
terikat dengan peruntukan undang-undang dibawah bidang kuasa tertentu sahaja.
Beban memberi pendidikan pencegahan rasuah dan
menguatkuasakan undang-undang berkaitan rasuah seolah-olah hanya perlu
ditanggung oleh dua entiti ini sahaja.
Masyarakat sendiri
tidak dapat melihat dan merasai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini,
kerana mereka lebih mengutamakan diri dan kepentingan sendiri. Dalam erti kata
lain masyarakat kita gagal dididik membenci rasuah.
Pada aku, isunya bukan SPRM tangkap kucing atau harimau.
TAPI AGENDA ‘GOLONGAN TERTENTU’ yang membuatkan kreadibiliti dan imej SPRM
dipertikaikan masyarakat.
Terbaru ada pulak satu blog The Recounter(Blog dari mana pun
tak tahu) menyatakan akan SB Polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 124
Kanun Keseksaan kerana wujudnya konspirasi untuk mengulingkan kerajaan, termasuklan
menglibatkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi dan Timbalan Pengarah Bahagian
Operasi Khas SPRM pautan seperti berikut: https://therecounter.wordpress.com/2015/07/28/ops-lalang-2015-special-branch-leads-investigation-into-the-conspirators/
Bagi aku, SPRM tak perlu peduli dengan kata-kata nista
puak-puak yang memang selama ni dok attack SPRM kerana motif politik.
Sebenarnya diaorang jeles dengan SPRM. Aku cadang biar SPRM masuk siasat
puak-puak ni, baru kita nengok hilang tak telor diaorang ataupon memang telor
diaorang dah dibuang di Siam???




No comments:
Post a Comment