Wednesday, 5 August 2015

Dark Of MACC @5th August 2015

Kronologi Cabaran SPRM 5 Ogos 2015

1. Tiga pegawai SPRM dipanggil polis bg keterangan di IPD Putrajaya hari ini.

2. Timb Pgrh BOK Datuk Tan Kang Sai diambil keterangan pada jam 3pm hingga 6 pm.

3. Dua pegawai dari BOK dtg di IPD Putrajaya pada jam 5pm.

4. Kedua-dua mereka kemudian ditahan serta dibawa ke Pejabat BOK dan rumah masing2 utk digeledah.

5. Kedua-dua dibebaskan dgn jaminan polis pada pukul 10.30pm.

6. Datuk Mustafar tidak menafikan penahanan ini akan menjejas siasatan SRC kerana melibatkan IO kes. Malah DPP turut disiasat.

7. SPRM akan teruskan siasatan SRC dan kertas siasatan diserahkan pada AG.

#sayasokongsprm
#solidarityforsprm
#supportsprm

Sunday, 2 August 2015



Untukmu SPRM, Aku Berjuang Bersamamu

SPRM pejuang ANTIRASUAH bukan PEKOMPLOT

Semalam digemparkan dengan satu serbuan polis ke atas Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM di Bahagian Operasi Khas SPRM, Presint 3, Putrajaya. Menurut satu laporan portal hari ini Polis SB tersebut telah membuat rampasan sebuah computer riba dan merampas beberapa dokumen berkaitan siasatan 1MDB yang telah dijalankan oleh SPRM. Apakah motif rampas tersebut? Kenapa Polis SB bertindak demikian? Apakah Kesalahan SPRM?

Sehingga petang ini masih ada penjelasan daripada Polis berhubung isu ini. Seharusnya rakyat Malaysia didedahkan dengan serbuan ini, apakah punca sehingga PRM membuat serbuan dan membuat rampasan ini?

Minggu lepas SPRM telah membuat Berjaya mendapatkan perintah reman 5 individu bagi membantu siastan kes berkaitan 1MDB iaitu SRC International. Adakah serbuan polis ini ada kaitan dengan sisatan SPRM ke atas 5 individu ini?
Jelas dalam isu siasatan SRC International, SPRM hanya menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan professional. Tetapi apabila Polis SB mula membuat serbuan dan siasatan terhadap SPRM. SPRM akan dikatakan tidak efektif kerana SPRM mendedahkan maklumat dan menjadi pembelot kepada kerajaan.
Ingat dan semua perlu tahu yang proses siasatan ini adalah untuk mencari kebenaran, bukan kesalahan. Konsep ni kena betul. Kalau kita menyiasat untuk cari salah orang, mampus. benda yang tak ada kita ada-adakan. So, menyiasat adalah untuk cari kebenaran. Macam mana tu? Ya lah, bila orang buat aduan, fitnah atau tohmahan, dalam kepala seorang pegawai penyiasat, dia akan mencari apa-apa bukti yang selalunya dokumen atau keterangan saksi-saksi bagi mengesahkan sesuatu aduan atau tohmahan.

Kalau siasat-siasat, dan semua dokumen dan keterangan menunjukkan tohmahan tidak benar dan individu yang ditohmah tak bersalah, maka kebenaran harus ditegakkan. Jangan pulak, dek kerana desakan, SPRM didakwa buat kerja tak betul, takut dek desakan politik maka carilah apa-apa kesalahan yang SPRM lakukan dalam penyiasatan. Kalau tak kena kes rasuah cari kes lain. Baru naya orang.

Sebab tu, SPRM yang aku kenal tak pilih bulu. SPRM buta warna. Biru ke? Merah Ke? Biru cair Ke? atau Hijau sekalipun. Kalau budaya ini berterusan maka aku rasa negara kita akan lingkup. Sapa yang kita tak suka maka kita keluarkan berkajang-kajang surat tohmahan kat internet.
Aku ulang balik, kes SRC International SPRM menyiasat untuk mencari kebenaran bukan mencari salah. Tindakan Polis SB harus dikejam semua pihak. Walaupun diserbu dan pegawai ditahan SPRM masih boleh bekerjasama bersama polis, bukan macam kes di IPD Sepang, polis haling dan ganggu siasatan SPRM. Tapi dalam kes ini aku puji SPRM sebab terbukti berani kerana benar takut kerana salah. SPRM siasat ikut bidang kuasa. SPRM hanya menjalankan fungsi yang diperuntukkan mengikut Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus dan professional. Kesian aku nengok SPRM. Tu yang aku cakap, siasatan bukan cari salah tapi cari kebenaran. Percayalah SPRM, rakyat Malaysia bersamamu berjuang menentang Rasuah. Aku Bersamamu SPRM.
#supportsprm
#sprmpejuangantirasuah
#sprmbukanpekomplot
#untukmusprm


Wednesday, 29 July 2015

TIADA ISTILAH KUCING ATAU HARIMAU
(bermotifkan politik jatuhkan imej SPRM)
 

Lima Pengerusi  Panel Bebas SPRM melalui yang terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah) dengan tegas menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-lebih-cepat-jika-tiada-campur-tangan-pihak-lain-panel-bebas-67675
Penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu 1MDB dan SRC International  yang dianggotai SPRM telah menyebabkan banyak juga bunyi-bunyi yang mengatakan SPRM masih belum efektif. Tak cukup lagi!! Masih banyak “HARIMAU” yang belum didakwa!! Tahanan reman 5 Individu bagi membantu siasatan SPRM berhubung SRC International dan 1MDB. Tu semua sandiwara. Mak ai, sandiwara apa ke jadahnya?? Kita tak berada dalam keadaan Pengarah Urusan syarikat yang direman itu, reman 4 hari beb, duduk dalam lokap bukan hotel 5 bintang, kalau kena batang hidung sendiri, baru padan muka rasanya. Ko bayangkanlah betapa risau, takut dan gelabah menanti saat-saat nak menanti bila agaknya nak habis remand an soal siasat SPRM  tu. Ditambah lagi kesengsaraan anak-anak yang terpaksa berdepan dengan kawan-kawan dan masyarakat.
Berbalik kepada isu “HARIMAU”. Aku tak paham dengan segelintir masyarakat yang asyik gunakan istilah “HARIMAU” ni. Buatlah apa sekalipun, SPRM akan dikatakan tidak efektif kerana gagal mengheret “HARIMAU” ke muka pengadilan. Bila saja keluar berita si polan ni si polan tu disiasat, puak-puak tertentu akan main isu sandiwara, kes tak kemana atau yang lebih teruk terus jatuh hukum yang sipolan tu memang corrupted. Kalau budaya ini berterusan maka aku rasa negara kita akan lingkup. Sapa yang kita tak suka maka kita keluarkan berkajang-kajang surat tohmahan kat internet. Lepas tu, panggil group-group NGO yang ada motif politik untuk kumpul, print dan bawa ke SPRM. Panggil sekali media. Kata kat media, dia ada dokumen dan bukti-bukti penting untuk menguatkan fitnah yang dilemparkan.  SPRM pulak yang terkangkang kena. Kasian SPRM juga terkangkang.
Nak juga aku bagi tahu yang proses siasatan ini adalah untuk mencari kebenaran, bukan kesalahan. Konsep ni kena betul. Kalau kita menyiasat untuk cari salah orang, mampus. benda yang tak ada kita ada-adakan. So, menyiasat adalah untuk cari kebenaran. Macam mana tu? Ya lah, bila orang buat aduan, fitnah atau tohmahan, dalam kepala seorang pegawai penyiasat, dia akan mencari apa-apa bukti yang selalunya dokumen atau keterangan saksi-saksi bagi mengesahkan sesuatu aduan atau tohmahan. Kalau siasat-siasat, dan semua dokumen dan keterangan menunjukkan tohmahan tidak benar dan individu yang ditohmah tak bersalah, maka kebenaran harus ditegakkan. Jangan pulak, dek kerana desakan, SPRM buat kerja tak betul, takut dek desakan politik maka carilah apa-apa kesalahan jugak. Kalau tak kena kes rasuah cari kes lain. Baru naya orang. Sebab tu, SPRM yang aku kenal tak pilih bulu. SPRM buta warna. Biru ke? Merah Ke? Biru cair Ke? atau Hijau sekalipun.
Kalau SPRM ikut telunjuk, takkanlah giler mereka nak g siasat isu 1MDB itu.
Orang dok kecoh-kecoh pasal kes 1MDB, kenapa SPRM tak charge je Najib dan Jho Low? Amenda la dia orang ni. Negara ini ada undang-undang bukan zaman Jesse James. Engko ingat mudah ke nak dakwa orang kat mahkamah. Aku dengar-dengarlah, dalam kes 1MDB ni daha pelbagai agensi menyiasat.
Kenapa? Kerana undang-undang yang ada mensyaratkan begitu. Aku ulang balik, kes 1MDB SPRM menyiasat. Siasat ikut bidang kuasa masing-masing. Kalau kes Najib tu, SPRM siasat peranan dan penglibatan dia dalam mesyuarat. Kalau dia tak ada dalam meeting dan dokumen lak menunjukkan dengan jelas dia tak ada peranan langsung, macam mana ko nak dakwa dia yop. Kesian aku nengok SPRM. Tu yang aku cakap, siasatan bukan cari salah tapi cari kebenaran.
Lagi satu Peranan Ahli Politik. Melihat kepada perkara ini, tidak hairanlah bahawa ahli politik memainkan peranan penting dalam memperkatakan isu rasuah.
Ahli Politik sepatutnya bersama-sama agensi anti rasuah dalam memerangi rasuah dan penyelewengan, tetapi sebaliknya ahli politik di negara ini dilihat lebih gemar mengambil kesempatan dalam menggunakan isu rasuah untuk menjatuhkan pihak lawan.
Tanpa disedari, mereka juga sebenarnya telah turut mempengaruhi  persepsi masyarakat terhadap isu rasuah di negara ini.
Ironinya memang sukar untuk mencari ahli politik yang benar-benar komited memperkatakan isu rasuah di negara ini bukan?, selain menunding jari kepada lawan, dan membuat tohmahan, mereka juga sering dilihat mengambil kesempatan memperbesarkan isu berkaitan agensi anti rasuah tempatan.
Ambil contoh isu Ulang Tahun ke-6 Kematian Teoh Beng Hock, lihat berapa ramai ahli politik pembangkang yang tampil memohon simpati masyarakat  dengan tujuan memeperlihatkan kegagalan parti pemerintah? Motif?? Perjuangkan punca kematian kea tau kepentingan politik.
Isu berkenaan diperbesarkan dan ditokok tambah, sedangkan ketika  itu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah pun dilakukan, tidak kelihatan pula kelibat keluarga TBH mahupun ahli politik yang memperjuangkan kematiannya.
Akibat terlalu banyak menggunakan isu rasuah dalam urusan politik, maka masyarakat yang dilihat hari ini adalah masyrakat yang mempunyai persepsi pelbagai terhadap isu rasuah, mengikut fahaman politik yang dipegang mereka.
SPRM pula dijadikan tempat pembuangan tohmahan setiap kesalahan yang cuba diperlihatkan oleh parti-parti politik ini, sedangkan agensi ini juga terikat dengan peruntukan undang-undang dibawah bidang kuasa tertentu sahaja.
Beban memberi pendidikan pencegahan rasuah dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan rasuah seolah-olah hanya perlu ditanggung oleh dua entiti ini sahaja.
Masyarakat  sendiri tidak dapat melihat dan merasai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini, kerana mereka lebih mengutamakan diri dan kepentingan sendiri. Dalam erti kata lain masyarakat kita gagal dididik membenci rasuah.
Pada aku, isunya bukan SPRM tangkap kucing atau harimau. TAPI AGENDA ‘GOLONGAN TERTENTU’ yang membuatkan kreadibiliti dan imej SPRM dipertikaikan masyarakat.
 
 
 
Terbaru ada pulak satu blog The Recounter(Blog dari mana pun tak tahu) menyatakan akan SB Polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana wujudnya konspirasi untuk mengulingkan kerajaan, termasuklan menglibatkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM pautan seperti berikut: https://therecounter.wordpress.com/2015/07/28/ops-lalang-2015-special-branch-leads-investigation-into-the-conspirators/
 
 
 
 
Bagi aku, SPRM tak perlu peduli dengan kata-kata nista puak-puak yang memang selama ni dok attack SPRM kerana motif politik. Sebenarnya diaorang jeles dengan SPRM. Aku cadang biar SPRM masuk siasat puak-puak ni, baru kita nengok hilang tak telor diaorang ataupon memang telor diaorang dah dibuang di Siam???




 
PANEL BEBAS SPRM: JANGAN CAMPUR TANGAN SIASATAN SPRM  DAN PASUKAN PETUGAS KHAS TERHADAP 1MDB
 

Hari ini Lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijalankan dengan bebas, telus dan profesional serta berkesan tanpa sebarang campur tangan apa pun daripada mana-mana pihak ketiga atau dikenakan apa-apa bentuk tekanan ke atas agensi-agensi penyiasat yang menganggotai Pasukan Petugas Khas.
 
Pasukan Petugas Khas yang terdiri Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk menjalankan siasatan tanpa rasa gentar dan takut akibat campur tangan pihak-pihak berkepentingan.
 
Dalam hal ini, panel bebas tersebut dengan tegas menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali. SPRM perlu dilihat sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas dalam merancang dan menjalankan semua tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.
 
Kelima-lima panel bebas ini sebulat suara mahu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan hasilnya diumumkan kepada khalayak ramai secepat yang mungkin. Ini perlu bagi mengurangkan jurang persepsi serta keyakinan yang kini kian melebar.
Pengerusi kelima-lima panel bebas ini terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot  (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah).
 
Kelima-lima panel bebas juga menggesa pihak Peguam Negara, yang memberi panduan dan nasihat perundangan kepada Pasukan Petugas Khas, perlu memaklumkan dengan jelas perkembangan siasatan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap SPRM dan agensi-agensi penyiasat yang lain dalam Pasukan Petugas Khas. Tindakan ini penting memandangkan SPRM hanya memberi tumpuan ke atas kes berkaitan SRC International, yang sebelum ini subsidiari 1MDB, manakala isu 1MDB disiasat oleh agensi penyiasat yang lain.
 
Kelima-lima panel bebas ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa SPRM akan lebih mudah dan cepat menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional jika tidak wujud sebarang tekanan dan campur tangan mana-mana pihak.
 
Pada akhir siasatan, jika terkesan sebarang bentuk kesalahan di bawah lunas perundangan, maka agensi-agensi terbabit perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut kuasa masing-masing, termasuk SPRM di bawah Akta SPRM 2009.
 
Selain itu, penting bagi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan hasil penemuan semua siasatan termasuk laporan Jabatan Audit Negara mengenai isu 1MDB  kepada umum secepat yang mungkin. Ini bagi mengembalikan semula pandangan keseriusan dalam menyiasat isu IMDB sekian lama, terutamanya,  memandangkan imej negara sudah tercemar dan juga keyakinan rakyat ke atas  keberkesanan usaha SPRM sudah mula dipersoalkan.
 
Oleh itu, mengambil kira perkembangan semasa dalam negara, kelima-lima panel bebas yang mewakili suara rakyat ingin menegaskan bahawa perlu ada satu penyelesaian kepada isu ini secepat yang mungkin.
 
Kenyataan media ini telah dikeluarkan bersama oleh lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, iaitu:
 JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH,
LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH,
PANEL PENILAIAN OPERASI,
JAWATANKUASA ADUAN, DAN
PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH

Saturday, 25 July 2015

OPS SEJUK PELBAGAI PIHAK PUJI TINDAKAN SPRM
Selepas enam bulan melakukan intipan, SPRM menerusi Ops Sejuk telah menggempur Cameron Highlands dan menahan 21 pengusaha  ladang  sayur kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa.  Sogokan itu bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan tanah haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.
Melalui tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Penduduk Cameron Higlands menyatakan sokongan yang penuh terhadap tindakan SPRM menahan tauke ladang yang dipercayai memberikan rasuah, bahkan melibatkan juga pihak yang menerima suapan.

Cheng Nam Hong, 43, penduduk di Lembah Bertam berkata, tindakan lebih profesional itu diperlukan bagi menangani masalah di Cameron Highlands yang bertambah buruk sejak 2008.
“Kita amat menyokong tindakan SPRM yang menahan tauke ladang yang dipercayai memberikan rasuah seperti yang tersiar di akhbar kerana setiap kesalahan perlu diambil tindakan.
“Apatah lagi penduduk di sini juga cuba mengelak daripada bercakap mengenainya kerana wujud tekanan politik supaya perkara ini tidak dijadikan sebagai satu isu,” katanya.
Selepas enam bulan mela­kukan intipan, SPRM kelmarin menggempur Cameron Highlands dan menahan 19 tauke ladang kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa.
Sogokan itu bertujuan mengelakkan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti penerokaan tanah haram, melanggar syarat Lesen Pendudukan Sementara (LPS), melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyimpan racun tidak berjadual.

Mohd. Faizal Idris, 47, seorang lagi penduduk Cameron Highlands, menyifatkan langkah yang diambil oleh SPRM itu adalah tepat bagi ‘mengajar’ mereka yang degil khususnya dalam hal membabitkan pencerobohan tanah.
Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya diambil berdasarkan realiti di kawasan tanah tinggi ini ekoran penguasaan pasaran oleh tauke-tauke besar.
“Kalau boleh, tindakan penguatkuasaan seperti ini bukan sahaja diteruskan di Cameron Highlands tetapi di seluruh negara,” katanya.

Mohamad Redzwan Mohamed Nor, 48, pula berkata, beliau amat bersetuju dengan ketegasan SPRM yang tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan kali ini.
“Saya rasa perkara ini sudah lama berlaku tapi selama ini, kita ambil sambil lewa. Jadi, kita mahukan perubahan dan musnahkan segala amalan rasuah sepenuhnya.
“Apabila isu ini melibatkan ta­nah, seme­mang­nya orang akan menyangka wujud rasuah di situ,” katanya.

Faizal Che Abdullah, 42, tindakan penguatkuasaan mesti dijalankan secara konsisten bagi membendung penularan kepada permasalahan yang lebih besar.
“Kita tidak mahu orang menganggap pegawai penguat kuasa di negara ini hanya menjalankan tugas secara bermusim,” katanya.

Sementara itu, Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, susulan tindakan tegas SPRM tesebut Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mencadangkan sebuah agensi atau organisasi khusus ditubuhkan bagi menangani isu tersebut.
“Agensi ini perlu ditempatkan di kawasan tanah tinggi tersebut supaya boleh bergerak secara bersepadu dan akan berkongsi maklumat dengan agensi penguatkuasaan lain mengikut bidang kuasa masing-masing.
“Selain melakukan pemantauan secara berkala, agensi itu juga perlu terbuka supaya dapat menerima segala maklumat yang disalurkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Penubuhan agensi itu juga sekali gus mampu menghentikan kebergantungan terhadap ahli politik tertentu dalam menyelesaikan isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands.
“Kerajaan juga harus mempergiatkan aktiviti penanaman semula pokok dan tumbuhan lain seperti yang pernah dilakukan sebelum ini dalam usaha memulihara kawasan tersebut,” tambahnya.
Beliau turut memuji tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berjaya menahan 21 tauke ladang di Cameron Highlands kerana disyaki memberi wang suapan kepada pegawai penguat kuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands menyatakan sokongan peuh terhadap tindakan penguat kuasa SPRM dalam memerangi rasuah di Cameron Higlands.
“Kita mengalu-alukan tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani isu rasuah yang menjadi barah di Cameron Highlands.

‘’Jika ada pegawai kerajaan didapati menerima rasuah, mereka tidak akan terkecuali (daripada penguatkuasaan) dan SPRM mempunyai kuasa penuh untuk me­nguatkuasakan undang-undang,” katanya.

1MDB: 
Seorang lagi Datuk direman

PUTRAJAYA 25 Julai – Seorang lagi pengarah bergelar Datuk direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah syarikat pembangunan hartanah berumur 48 tahun itu merupakan individu keempat yang ditahan reman berhubung siasatan kes melibatkan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Difahamkan suspek berkhidmat dengan syarikat sama dengan seorang lagi pengarah yang pernah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Penahanan terbaharu itu menjadikan sebanyak tiga pengarah syarikat dan seorang pemilik tunggal syarikat ditahan setakat ini. Dua daripadanya bagaimanapun telah dibebaskan.

Suspek terbaharu itu telah dibawa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7 malam semalam untuk soal siasat sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini untuk tujuan tahanan reman.
Penahanan suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan SRC International Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang sedang disiasat bersama Ihsan Perdana Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd. berhubung isu 1MDB.

Dalam pada itu, seorang pengarah syarikat berlainan yang merupakan individu kedua ditahan dalam kes berkaitan 1MDB telah dibebaskan hari ini selepas ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu.

Pengarah berumur 54 tahun yang juga bergelar Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/1mdb-8232-seorang-lagi-datuk-direman-1.117004#sthash.tMbdHyv2.xVYmo1dC.dpuf

Bocor maklumat: Integriti atau petualang


Isu mendedah atau membocorkan maklumat bukan perkara baharu dalam dunia politik. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada lumrah dan tindakan tidak bertanggungjawab dalam menjatuhkan seseorang individu. Sama ada individu dalam sektor politik, korporat atau kehidupan seharian orang biasa. Kejadian demi kejadian telah membuktikan tindakan membocor maklumat tidak berasas mengakibatkan kejatuhan seseorang dalam tangga kerja masing-masing, tidak kira jurusan. Begitu juga kemusnahan sesebuah negara.

Lipatan sejarah membuktikan kebenaran isu ini. Pada hari ini, ketika setiap detik menjadi semakin kompleks, isu ini menjadi satu perkara yang serius.

Sekadar untuk berkongsi beberapa kejadian yang masih dekat dengan kita, yang berlaku di negara ini pada tahun lalu, menunjukkan bahawa terdapat maklumat yang dibocorkan oleh pihak-pihak yang tidak gembira dengan kerajaan dan pemimpin tertentu. Bermakna kepentingan ideologi politik dan kepentingan diri mengatasi kepentingan negara. Golongan ini sanggup mengetepikan akujanji dan ikrar taat setia yang dilafazkan.

Pada April tahun lalu, laporan media memetik beberapa Ahli Parlimen membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Negara juga berhadapan dengan isu kebocoran soalan peperiksaan. Ia berulang lagi ketika musim peperiksaan sekolah pada September lalu.

Kedua-dua isu ini kelihatan kecil dan berjaya ditangani. Bagaimanapun, di sebalik amaran dan ketegasan seumpama itu, negara sedang berhadapan dengan satu isu kebocoran maklumat yang teramat serius. Tidak lain tidak bukan, ia bersangkut paut dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) - isu getir yang kita sedang lalui. Kita tidak pernah melihat, mendengar atau melalui isu yang paling getir seperti ini.

Yang menghairankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadikan sasaran utama serangan bertubi-tubi oleh pembangkang dan mantan utama pemimpin negara sehinggakan maruah beliau selaku pemimpin nombor satu negara tercalar, walhal beliau telah berkali-kali mengatakan beliau tidak langsung terlibat dengan sebarang urusan traksaksi IMDB. Adakah pihak pembangkang cemburu melihat kepimpinan Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN dihormati oleh masyarakat antarabangsa atau pembangkang ingin mewujudkan satu persepsi negatif antarabangsa sehinggakan ekonomi dan matawang Malaysia terjejas?


Jenayah fitnah
Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.

Selain keselamatan, ia juga boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Tindakan juga boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502 kerana kesalahan fitnah jenayah dan pemalsuan dokumen untuk tujuan mensabotaj ekonomi negara. Sesiapa yang didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang. Siasatan pihak berkuasa adalah untuk mengenal pasti mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu asli atau dipalsukan.

Individu-individu terbabit dikatakan mempunyai niat mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat usaha anasir-anasir luar yang mahu mengganggu-gugat kestabilan negara.
Seperti diketahui, isunya bukan persoalan whistle-blowing atau memberi maklumat kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Kini masa untuk pihak berkuasa bertindak tegas bagi melindungi maklumat rahsia kerajaan. Saya berpandangan bahawa agensi-agensi kerajaan masih belum memberi keutamaan yang tinggi dalam soal ini.

Berdasarkan kepada perkembangan sejak Pilihan Raya Umum 2008, senario politik negara menunjukkan bahawa sudah ada keperluan untuk melihat semua undang-undang bagi mengadakan peruntukan yang lebih ketat lagi jelas mengikut kemajuan teknologi maklumat.

Pihak berkuasa tiada pilihan kecuali mempergiatkan usaha bagi memastikan tidak lagi berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan. Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocorkan.
Usaha perlu dipertingkatkan bagi mengawal budaya membocorkan maklumat daripada terus berleluasa di negara. Pengalaman dan sejarah termasuk kejatuhan Kesultanan Melaka menunjukkan bahawa ia bertolak daripada perbuatan membocorkan dan menjual maklumat kepada pihak ketiga. Banyak empayar jatuh kerana tindakan tidak beramanah.
Kita sering terlupa daripada menjadikan sejarah sebagai peringatan atau tanda aras daripada mengulangi perkara yang sama.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dunia hari ini, information is power, tetapi maklumat tidak betul, tidak tepat dan yang sengara direka, is more harmful di mana boleh menghancurkan negara, melumpuhkan ekonomi dan merosakkan kestabilan politik dan mencemari nama dan reputasi. Akhirnya, yang akan berhadapan dengan kesan buruk adalah rakyat.
Maka, setiap individu diberi amanah menjaga rahsia dan maklumat negara, perlu mengutamakan integriti. Individu yang didefinisikan ini bukan sahaja merujuk kepada penjawat awam, tetapi juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta. Bukan sahaja mereka dalam negara, tetapi pihak yang berurusan dengan pihak luar dan negara lain.

Meskipun disyorkan agar meneliti semula aspek perundangan semasa, ia tidak akan membawa kita jauh ke hadapan, jika kita gagal menyempurnakan amanah yang dipikul. Sudah tiba masa, demi manfaat jangka panjang, sementara pihak berkuasa mengambil tindakan dalam isu semasa 1MDB ini, strategi perlu disusun untuk mendidik kepentingan menjaga kepentingan negara dengan memastikan rahsia - milik individu, organisasi atau negara - tidak dibocorkan kepada pihak ketiga.

Kesan buruk pihak yang main ‘kayu tiga’ amat buruk dan besar. Integriti adalah sempadan.
Jangan biar integriti dibeli oleh pihak yang mahu menjahanamkan negara. Menjadi perbincangan di kalangan rakyat ketika ini adakah perlu undang-undang seakan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pendefinisian baru Undang-Undang SKMM perlu diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengekang segala bentuk pengkhianatan kepada negara dan menghapuskan segala petualang yang langsung tidak memikirkan soal-soal kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Fikir-fikirkanlah.

-PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa Menangani Rasuah SPRM merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor.
-See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/bocor-maklumat-integriti-atau-petualang-1.116979#sthash.TAG8Lm7v.dpuf