BERFIKIRLAH DENGAN RASIONAL.
JANGAN BIAS TERHADAP PASUKAN PETUGAS
KHAS
NEGARA
berhadapan dengan satu siasatan yang paling getir, bukan sahaja menarik
perhatian domestik, malah komuniti antarabangsa. Dua faktor menyumbang kepada
situasi ini.
Pertama,
individu-individu yang dikaitkan dalam kes ini. Kedua, jumlah nilai kewangan
yang terbabit.
Maka,
isu ini mendapat media tempatan dan luar negara.
Ia
menjadi lebih menarik kerana ini adalah kes terbesar dihadapi oleh negara
khusus dalam era ledakan teknologi maklumat.
Sekiranya
melihat kembali sejarah negara empat dekad lalu, kes BMF, Perwaja dan PKFZ
masih segar dalam minda rakyat. Tetapi impak liputan media ketika ini tidak
sehebat ketika era 1980-an dan 1990-an.
Ada
yang tidak yakin dengan pasukan khas ini. Dakwa mereka, pasukan khas ini tidak
akan menjalankan tugas dengan bebas dan profesional. Ada yang sindir
"bukan Task Force" tetapi "Forced Task Force".
Pemimpin,
wakil dan jurucakap hampir setiap parti memperlihatkan sikap yang sama. Fokus
kenyataan mereka: mahu orang ini orang itu letak jawatan. Kononnya tidak
percaya. Dakwa jawatankuasa ini pasukan petugas itu tidak bebas. Dikongkong
atau dipengaruhi oleh pihak atasan.
Kenyataan
seumpama ini bukan sahaja dilemparkan ke atas pasukan khas yang menyiasat kes
1MDB.
Kenyataan
yang sama dilemparkan ke atas ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)
yang turut menjalankan inkuiri berkaitan kes 1MDB.
Rata-rata
kita berhadapan dengan segmen masyarakat termasuk pemimpin yang tidak percaya
pada sistem yang kita sendiri bentuk.
Kita
perlu membezakan antara orang yang disiasat dan mereka yang menyiasat. Perkara
ini sangat jelas dalam kes 1MDB yang menjadi perhatian ramai sekarang.
Pasukan
khas yang menyiasat 1MDB terdiri daripada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja
Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Seorang lagi anggota ialah
Peguam Negara yang turut bertindak sebagai Pendakwa Raya.
Anggota-anggota
pasukan khas ini pernah menjalankan siasatan keatas pemimpin pembangkang dan
pemimpin parti yang memerintah. Ada yang pernah didakwa. Ada yang tidak didakwa
di mahkamah.
Bukankah
ia menunjukan yang agensi yang sama bertindak dengan profesional. Ketika itu
tiada pihak yang mempertikaikan kewibawaan dan profesionalisme agensi-agensi
penguat kuasa ini.
Oleh
itu, berfikirlah dengan rasional. Jangan bias.
Memang
mudah bagi kita membuat kenyataan atau komen. Tetapi apakah kita berlaku tidak
adil ke atas institusi yang kita bentuk untuk menjalankan fungsi sebagai agensi
penguat kuasa.
Kita
tidak wajar berlaku bias. Kita tidak wajar mempergunakan isu yang memihak atau
menyebelahi kita.
Begitu
juga dalam isu 1MBD.
Kita
perlu beri ruang kepada pasukan khas ini menjalankan siasatan. Begitu juga PAC.
Kita
bertindak dengan bias jika kita mempolitikkan setiap isu. Pemimpin politik
perlu rasional dalam hal ini.
Perangi
Rasuah, Bukan Perangi Pasukan Petugas Khas dan SPRM

No comments:
Post a Comment