Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan
Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR
mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada
1 Januari 2009,
ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM
terkini adalah Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed.
[1] Tan Sri Abu Kassim juga kini merupakan
Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) di
mana beliau dipilih pada November 2013.
Sejarah SPRM
Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara 1973 diluluskan oleh
Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau
BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada
Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan
negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah akta.
Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR
pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen
dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan
dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang
dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.
Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang
mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah
Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.
Visi/Misi/Objektif
Visi
1.Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah ;
2.Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia.
Misi
1.Menerajui usaha pencegahan rasuah di Malaysia ; dan
2.Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik dan progresif melaui
pembangunan kapasiti dan kapabiliti yang berterusan.
Objektif
1.Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan secara berterusan.
Fungsi SPRM
Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah
Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu:
1.Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di
bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan
praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
2.Mengesan dan menyiasat -
Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah
Akta ini; dan
Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan
penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula
amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin
membawa kepada rasuah; Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang,
atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan
oleh orang itu; Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan
dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan
kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah; Mendidik orang
ramai untuk menentang rasuah; dan Mendapatkan dan memelihara sokongan orang
ramai dalam memerangi rasuah

No comments:
Post a Comment