Bila blogger bajet jadi hakim,
hentam defendan tanpa logik
Kes saman Rosli Dahlan, seorang peguam, ke atas pegawai-pegawai SPRM dan kerajaan masih jalan. Masih didengar di mahkamah. Ikut laporan portal TMI, FMT, hujah di mahkamah agak panas.
Saya pun seronok nak dengar. Tapi tidak ada peluang sampai sekarang. Bila sampai bulan Oktober nanti, saya plan nak ambil cuti, pi mahkamah. Dengan sendiri. Nak buat judgement sendiri.
Sementara Mahkamah Tinggi sebagai orang tengah dengar pihak defendan dan plaintif, ada blog atas nama kebebasan blogging, ulas dengan panjang lebar. Untuk membaca sila klik di sini https://dinmerican.wordpress.com/2015/06/18/the-case-of-rosli-dahlan-the-macc-on-trial/. Nilai sendiri.
Soalan saya di sini, kalau akhbar ulas macam blog ulas ini, sudah lama kena panggil hakim. Silap tarikh, boleh kena hukum.
Saya nak tanya adakah kita boleh buat keputusan sendiri. Macam jadi hakim. Kita jadi hakim.
Kalau blogger jadi hakim, hakim dan mahkamah tidak ada kerja pulak nanti.
Sudah tentu, di mahkamah, peguam akan guna semua peluang yang ada untuk gril saksi. Itu peguam punya hak. Sebab mereka dalam gelanggang prosiding.
Tulisan blog ini macam hendak hentam SPRM dan kerajaan dari mula sampai habis. Ini bukan kali pertama.
Tak usahlah emosi.
Kalau ikut prinisp jurnalis, penulis kena ada etika. Etika penulis dan etika wartawan, kita jangan lupa.
Adakah ini tanda sudah ada elemen menghina mahkamah. Atau fitnah namanya!
Saya tidak mahir dalam soal legal. Biar orang legal beri pandangan. Beri pencerahan.
Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang perlu buat sesuatu. Jangan biarkan ini perkara seperti ini berlarutan.
Kita kena hormati prosiding mahkamah. Jangan ulas sampai aibkan orang.
Bagi saya, semasa menulis, jangan emosi.
AG, IGP kena siasat. Kalau tak betul tulisan blog ini, tegur-tegurlah.
Yang Arif Hakim pun diharap akan buat sesuatu jika tulisan-tulisan blog melampaui sempadan mahkamah.
No comments:
Post a Comment